Friday 7 December 2012

IBU AYAH


Assalamualaikum.

Setiap anak perempuan pada hakikatnya adalah kesayangan dan kerisauan seorang ayah. Percayalah, tiada ayah yang tidak mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lagi-lagi anak perempuan. Dan makin meningkat dewasa seorang anak perempuan, kerisauan seorang ayah semakin menebal. Demi memikirkan siapalah yang bakal mengambil alih tanggungjawab menjaga amanah sepenuhnya ke atas anak perempuannya, seorang ayah yang selain makin memutih rambut di kepala, rasanya juga makin menyesak dada.

Dan apa yang sedang berlaku pada aku masa ini adalah apa yang juga dilalui oleh anak-anak perempuan lain.


Aku membesar sebagai anak perempuan bongsu yang jika mengikut gejolak jiwa seorang remaja, aku acap kali memberontak. Mahukan ini, tapi ayah mahukan itu. Tidak mahukan itu, tapi itulah yang dimahukan ayah. Apa yang aku rasakan sering sekali bercanggah dengan kemahuan seorang ayah. Tapi sebagai seorang anak yang menggelodak jiwanya, segala kemahuan ayah sering aku anggap sebagai ayah-memang-tak-faham-jiwa-anak.

Bohong kalau aku katakan aku membesar dengan langsung tidak membetah kata ayah. Sampai satu tahap jika difikirkan balik, boleh jatuh hukum anak derhaka aku ni. Tapi, syukur Tuhan masih sayang. Diberi kesempatan untuk aku sedar sebelum ayah pergi tanpa sempat aku tagih kata ampun.

Dulu sebelum masuk matrik, ayah tegas suruh aku masuk form 6. Ibu pulak suruh ambil diploma, sebab ? Satu je sebab dia, aku dapat matrik di perlis. Terlalu jauh dari pandangan mereka, dari selatan ke utara. Ibu bapa mana yang tak risau. Tapi aku langsung tak fikir benda tu semua yang aku tahu aku nak juga masuk matrik. Dari sekolah aku teringin sangat nak hidup berdikari, ibu ayah terlalu risau kan aku. Sampai aku rasa rimas. Berdosanya aku, Ya Allah. Sekarang baru lah aku tahu kenapa mereka menjaga aku lebih dari kakak-2 ku. 

Ketahuilah ibu ayah marahkan kita bersebab. Mereka sangat menyanyangi kita, mereka tidak mahu kita terlalu ikut kan kata hati dan akhirnya kecewa dengan keputusan yang kita buat. Ibu pernah cakap, aku ibarat berada di bawah bukit dan ibu ayah sudah pun berada di puncak bukit tersebut. Apa yang ibu dan ayah nampak dari puncak bukit tersebut aku hanya mampu pandang secara sama rata kerana perkara tersebut telah pun dilalui oleh ibu ayah tapi tidak aku.

Dan sekarang aku nak balas jasa ibu ayah dengan membuatkan mereka bahagia. Alhamdulillah, aku buat ibu gembira sangat dengan result matrik aku dulu, dan masa result final sem 2 aku keluar tarikh tu adalah anniversary ibu dan ayah. Yeah, dan itu hadiah buat mereka :') Dan aku akan terus buat mereka gembira dengan segulung ijazah aku nanti, InsyaAllah. Aku nak jadi macam abang dan kakak aku yang dah banyak berbakti kepada ibu ayah. 

#Noted : sayangilah ibu bapa kita selagi mereka masih hidup. selalu lah telefon mereka untuk menanyakan khabar, jangan sampai mereka terkecik hati takut kita menjadi anak derhaka. p/s i love ibu ayah more and more !


No comments:

Post a Comment