Sunday 9 December 2012

DOKTOR



Doktor adalah nama glamor manakala pegawai perubatan adalah nama jawatan yang diberikan oleh kementerian kesihatan. Terkini , kerajaan telah memberikan pelbagai insentif menarik kepada doktor.

Untuk yang bergraduat dengan jayanya sebagai pelajar perubatan maka dilantik sebagai pelatih pegawai perubatan berjawatan UD41. Proses yang perlu dilalui ialah dua tahun.


Selepas 2tahun , seseorang pelatih akan dilantik sebagai pegawai perubatan UD44 secara automatik. Manakala genap sahaja perkhidmatan sebagai pegawai perubatan selama 3tahun,automatik akan dilantik menjadi pegawai perubatan UD48.

Selepas 5tahun sebagai pegawai perubatan UD48 , seseorang akan dilantik terus secara automatik kepada UD52 dan selepas 5tahun akan terus dilantik ke jawatan UD54.

Walaupun tugas seorang doktor adalah tugasan mulia, insyallah mempunyai pahala yang besar jika ikhlas bekerja tetapi cabaran menanti juga besar. Antara cabaran yang menanti:
Cabaran di Hospital


Cabaran yang menanti seseorang doktor bermakna mereka bertarung untuk menyelamatkan nyawa manusia. Dalam tugasan tersebut, ada yang kurang faham menyebabkan kes saman menyaman berlaku ke atas seseorang doktor.
Cabaran yang kedua, kekurangan doktor menyebabkan ada doktor yang tidak berminat dalam bidang tertentu terpaksa berkhidmat dalam jabatan yang mereka kurang minat. Ini menjejaskan prestasi mereka dalam melakukan sesuatu displin
Cabaran yang ketiga ialah oncall berselang sehari hingga tiada ruang rehat untuk diri sendiri. Oncall bermakna seseorang doktor perlu bertugas selama 24 jam di hospital.
Cabaran yang keempat ialah persatuan doktor yang tidak kuat untuk membela nasib para2 doktor di sektor awam. Ini kerana kebanyakkan penyandang utama persatuan doktor adalah doktor yang berkhidmat di sektor swasta.
Cabaran yang kelima berkaitan dengan pentadbiran hospital yang tidak pandai mengurus kedudukan doktor2 di hospital seperti tidak boleh membezakan jabatan mana yang lebih utama. Contohnya, jabatan kecemasan dan kemalangan hanya ada 1 orang doktor berbanding dengan jabatan perubatan yang mempunyai 5 orang doktor.
Masalah ini terjadi apabila jabatan kecemasan dan kemalangan tidak mempunyai pakar dalam bidang tersebut manakala jabatan perubatan mempunyai pakar dalam bidang terbabit. Namun, jika dilihat secara kasar dan halus sudah tentu jabatan kecemasan dan kemalangan sepatutnya diberi keutamaan.
*dulu kecik-2 aku nak doktor. tu lah cita-2 aku ! tapi sekarang dah terpesong jauh dari apa yang aku impikan. tu lah, kat sekolah dulu suruh study, main-2 sibuk bercinta. kan dah tak dpt smbg study medic. tapi aku tak menyesal pon sebab aku dah mula minat dengan akaun, dah jatuh cinta dengan bisnes $,$ 

No comments:

Post a Comment