Sunday 9 December 2012

JERAWAT

aku memang tak boleh tengok jerawat ade kat muka. tapi kan jerawat aku suka tumbuh kat hidung dan dahi. sakit tahu bila nak sujud -,- tabiat aku suka main-main hidung, bila ade jerawat tu, pergh hai. sabar jea ! kalau boleh nak basuh muka setiap saat, biar cepat jerawat tu hilang, haha.

okay, nak share sikitlah pasal petua nak hilangkan jerawat. untuk orang yang sejenis aku memang tak senang hati bila ade jerawat kat muka, hee.


Petua Mneghilangkan Jerawat


  1. Memakai Masker Madu- Ambil satu sudu madu segar dan oleskan ke muka anda setiap satu atau dua minggu. Madu digunakan kerana ia mempunyai bahan antibakteria yang sesuai untuk menyembuhkan kulit. Selain itu, bahan ini juga tidak memudaratkan kulit sensitif.
  2. Makan atau Minum Lobak Merah- Pengambilan lobak merah dalam diet permakanan kita sememangnya amat penting kerana lobak merah mengandungi vitamin A. Vitamin A berfungsi menguatkan tisu kulit dan menghalang jerawat. Vitamin ini juga dapat mengurangkan penghasilan sebum kulit yang berlebihan, merawat dan menyelengara kulit di samping menyingkirkan toksik pada badan.
  3. Pemakaian Masker Belimbing Buluh- Ambil daun dan buah belimbing buluh berserta sedikit tepung beras dan kisarkan sehingga halus. Kemudian bahan yang sudah dikisar tadi dioles ke muka sebelum tidur. Amalkan tiga atau empat kali seminggu.
thats all, ni apa yang aku jumpe kat google lah. tapi aku selalu letak ubat gigi kat jerawat tu. nanti jerawat tu jadi kecik :) boleh gak try. selamat mencuba >,<

No comments:

Post a Comment